Hello world!
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!
Innovathon
Dalam menggalakkan budaya inovasi dan daya reka cipta, MOSTI bersama Kementerian Kewangan pada tahun ini telah memperkenalkan sebuah program realiti dinamakan INNOVATHON. Melaluinya, ia memperlihatkan pelbagai idea dan rekaan dipersembahkan kepada juri. NACOTS, sebuah peranti pengesan virus dan kanser menjadi juara INNOVATHON untuk tahun 2023.
MYSTARTUP NXT
Persidangan mikro MySTARTUP NXT dilancarkan dengan fokus untuk memperkasa ekosistem startup tempatan. Program ini diperluaskan ke seluruh negara, bermula dari Cyberjaya, Sarawak, Pulau Pinang, dan berakhir di Sabah. Dibawah MYSTARTUP, lebih 5000 startup berkualiti disasar untuk diwujudkan menjelang 2030.
MySTI
Inisiatif MySTI oleh MOSTI memfokuskan keutamaan inovasi teknologi tempatan untuk perolehan kerajaan, sekaligus mengutamakan lagi inovasi ciptaan Malaysia. Dibawah inisiatif ini, 300 produk tempatan disasarkan diberi pensijilan dan penandaan MySTI dalam jangka masa 2 tahun, dan sekurang-kurangnya 50 perkhidmatan memasuki perolehan kerajaan.
E-Ticketing PSN
Pusat Sains Negara akhirnya lebih memudahkan orang ramai dalam membeli tiket untuk berkunjung ke sana, secara atas-talian. Tempahan tiket menggunakan sistem e-ticketing PSN memudahkan lagi proses kunjungan, sekaligus memudahkan lagi orang ramai dalam mengikuti pelbagai perkongsian ilmu terhadap sains, teknologi dan inovasi.
MYC Summit 2023
MCY Summit oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengarusperdanakan inovasi dan keusahawanan, dengan memaksimakan potensi yang dimiliki oleh universiti, agensi dan institusi penyelidikan tempatan. Pada masa yang sama, MCY Summit juga memupuk pemahaman dan penghayatan yang luas tentang kepentingan dan prospek inovasi.
Malaysia Science Endowment
MOSTI bersama Akademi Sains Negara membangunkan mekanisme dalam menubuhkan MSE - sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pembiayaan kerajaan untuk R&D negara. Dibawah cadangan ini, dana bernilai RM2 bilion disasarkan untuk ditubuhkan - dengan perkongsian sumbangan oleh kerajaan, perusahaan, dan individu dengan nilai kekayaan tinggi. Ini sekaligus membolehkan lebih ramai pihak menyumbang dalam kemajuan R&D dan inovasi.
Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030
Dasar Teknologi Nuklear Negara (DTNN) 2030 telah dilancarkan pada 20 September 2023. DTNN 2030 ini adalah agenda negara bagi mengarusperdanakan penggunaan teknologi nuklear secara aman ke arah mempertingkatkan daya saing industri, memperkukuh kesejahteraan rakyat dan memulihara sumber asli dan alam sekitar.
Hala Tuju Teknologi Dan Ekonomi Hidrogen Negara
HETR telah dibangunkan oleh MOSTI bagi menyokong Aspirasi Negara Rendah Karbon 2040, di bawah Dasar Tenaga Negara 2022-2040. Fokus utama HETR adalah memajukan ekonomi hidrogen negara melalui ekosistem yang inovatif dan komprehensif, dipacu oleh teknologi tinggi untuk membolehkan transisi kepada penggunaan hidrogen bagi mencapai sasaran penyahkarbonan dalam agenda pembangunan sosio-ekonomi yang lebih lestari.
Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030
Pelan ini adalah dalam usaha Malaysia membangunkan sendiri teknologi angkasa – selari Dasar Angkasa Negara 2030. Pelan Tindakan Dasar Angkasa Negara 2030 ini menggariskan sejumlah strategi, inisiatif dan program sehingga tahun 2030, selari dengan objektif Dasar Angkasa Negara 2030.
Pusat Pengujian Kenderaan Swapandu MRANTI AV XL Dilancarkan
MRANTI AV XL (Autonomous Vehicle Experimental Lab) telah dilancarkan, dimana ia akan menempatkan syarikat yang bergiat dalam industri kenderaan generasi baharu dan turut membolehkan mereka menguji pelbagai teknologi baharu dengan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya sepanjang 12km merangkumi jalan yang sibuk dan jalan berbukit, bangunan parkir bertingkat, kawasan liputan 5G, ujian pengurusan trafik, ujian pengangkutan transit, AV Simulator, dan pelbagai lagi.