Ask.com Memeterai Perjanjian Dengan Photobucket

Ask.com Memeterai Perjanjian Dengan Photobucket

Diterbitkan pada July 11, 2008 oleh .

Ask.comAsk.com dan Photobucket telah memeterai perjanjian dimana Photobucket akan menggunakan enjin carian Ask.com untuk carian imej, video dan juga web yang dilakukan di laman Photobucket. Selain daripada itu, iklan daripada Ask.com juga akan ditunjukkan di laman Photobucket.

PhotobucketPhotobucket diperolehi oleh News Corp pada tahun lepas, syarikat sama yang memegang laman MySpace. Walaubagaimanapun, laman MySpace menggunakan enjin carian dan iklan daripada Google. Dalam masa yang sama, Ask.com menggunakan teknologi pengiklanan daripada Google sejak daripada tahun 2004.

Ask.com merupakan enjin carian ke-4 selepas Google, Yahoo! dan MSN Live. Photobucket pula merupakan laman perkongsian imej dan video yang digunakan ramai pengguna di internet selain ImageShack.

Dalam berita lain, Photobucket melancarkan aplikasi photo-sharing khas untuk pengguna iPhone. Aplikasi yang berharga U$4.99 (~RM15) ini membolehkan para pengguna muat-naik gambar dan imej daripada iPhone terus ke laman Photobucket dengan hanya satu klik.


TIPS & ULASAN