Menurut Business Times Online, TM atau yang dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia, kini bercadang untuk menjual universiti mereka – Multimedia University (MMU). Pada awal tahun, TM telah menjual beberapa bangunannya seperti Menara TM, Menara Celcom, TM Cyberjaya Complex dan juga Wisma TM untuk mendapatkan sumber kewangan untuk menjana projek high-speed broadband.
Untuk menjana projek high-speed broadband, TM memerlukan lebih kurang RM1.5 billion setahun. Projek high-speed broadband membolehkan TM menggunakan rangkaian fiber optik disamping membolehkan TM memberi khidmat TV Kabel (cable TV) sama seperti yang ditawarkan oleh penyedia rangkaian internet di US, Comcast Corp.
Dengan menjual Multimedia University, TM dijangka meraih sehingga RM900 juta.