Yahoo! Akan Membenarkan Pengguna Muat Turun Permainan Kasual Secara Percuma

Yahoo! Akan Membenarkan Pengguna Muat Turun Permainan Kasual Secara Percuma

Diterbitkan pada July 12, 2008 oleh .

Yahoo! GamesYahoo! semalam mengumumkan bahawa mereka akan mula membenakan para pengguna memuat-turun permainan kasual popular secara percuma. Walaubagaimanapun, setiap permainan tersebut akan disertai oleh iklan yang di integrasikan ke dalam perisian tersebut.

Lebih daripada 400 permainan kasual akan disediakan oleh pihak Yahoo! secara percuma menjelang akhir tahun ini.

Sebelum ini, Yahoo! telah mengumumkan berkenaan sistem enjin cariannya yang disediakan kepada para pembangun secara percuma, walaubagaimanapun, laman yang mereka bangunkan akan disertakan dengan iklan daripada pihak Yahoo!. Nampaknya, kini Yahoo! sedang berusaha memenangi perlawanan pengiklanan dalam talian dengan Google yang sudah lama dalam bidang tersebut.


TIPS & ULASAN