Carian
Malaysia Dapat Menggunakan Aplikasi Dalam Talian Microsoft Menjelang 2010
July 12, 2008 Aman

MicrosoftMicrosoft hari ini telah mengumumkan bahawa Singapura, Australia dan New Zealand adalah antara negara di lingkungan Asia-Pasifik yang akan mula menggunakan perisian dalam talian, BPOS (Business Productivity Online Suite). Negara-negara ini berpeluang menggunakan perisian ini pada suku ketiga tahun 2009, manakala negara-negara lain terpaksa tunggu sehingga 2010.

Antara aplikasi yang ditawarkan dalam talian oleh Micrososft melalui BPOS adalah Microsoft Exchange Online, Microsoft SharePoint Online, Microsoft Office Communications dan juga Microsoft Office Live Meeting. Kadar yang ditetapkan oleh Microsoft adalah U$15 (RM45) untuk setiap pengguna, sebulan.

Microsoft mula membincangkan mengenai aplikasi dalam talian sebagai salah satu cara membasmi perisian cetak rompak yang kian berleluasa disamping menjana pendapatan berterusan.

Komen