Cari @ Amanz

Sekiranya anda menggunakan perisian Yahoo! Messenger yang terkini, sudah tentu anda pernah terlihat akan fungsi terbaru YM! 9 dimana ianya telah diintegerasi dengan MyBlogLog. Dimana melalui YM! 9 ini anda kini boleh melihat aktiviti rakan anda di Y! Buzz disamping melihat entri terbaru rakan anda hanya melalui YM! sahaja.

Blog di Yahoo! Messenger
Lihat Entri Terbaru Melalui YM!

Ini mungkin dapat mengurangkan masa daripada kita login ke Google Reader untuk membaca RSS terkini. Suatu inisiatif yang amat menarik daripada pihak Yahoo!. Mungkin selepas ini kita boleh melihat gambar-gambar terbaru yang dimuat naik oleh rakan YM! kita ke dalam Flickr.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd