Cari @ Amanz

Ingat lagi dengan permainan The Sim yang menarik minat ramai pemain diluar sana suatu ketika dahulu? Kini, pembuatnya kembali dengan judul permainan yang baru – Spore. Spore dijangka dikeluarkan pada 7 September 2008 di mana para peminat juga boleh memuat turun permainan ini dari laman Electronic Arts pada 7 September.

Antaramuka Spore
Antaramuka Permainan Spore

Melalui Spore, pemain boleh mengawal evolusi sesuatu spesis daripada permulaannya – unisel, pembesarannya, dan sehingga ia menjadi suatu makhluk yang berkebolehan dan sosial. Sekiranya anda sambung bermain selepas itu, anda boleh mengawal spesis anda sehingga berjaya ke angkasa lepas, disamping dapat berhubung dengan spesis lain dalam galaksi.

Permainan ini dipecahkan kepada beberapa fasa, dimana disetiap fasa, cara permainan itu berubah-ubah. Sekiranya ketika bermain, spesis anda diserang atau dihancurkan sekali gus, anda akan kembali bermain pada level anda sebelum dihancurkan, atau di fasa sebelum dihancurkan.

Spore 2008
Antaramuka Permainan Spore

Antara fasa yang terdapat dalam permainan Spore ini ialah Cell, Creature, Tribal, Civilization, dan akhir sekali Space. Permainan akan dimulakan dalam bentuk 2D pada fasa cell dan akan menjadi 3D apabila masuk fasa seterusnya.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh memuat-naik video perkembangan spesis mereka terus kedalam YouTube, dimana para pemain boleh memperlihatkan spesis mereka kepada yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd