Carian Video Berdasarkan Faktor Geografi di YouTube

Carian Video Berdasarkan Faktor Geografi di YouTube

Diterbitkan pada July 13, 2008 oleh .

Kini, anda boleh membuat carian video berdasarkan kepada faktor geografi atau tempat dimana video tersebut dirakam atau dihasilkan. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat carian [Kuala Lumpur], anda akan dihidangkan dengan beberapa video berkaitan, dan pada bahagian atas keputusan carian, anda akan dapat melihat keputusan seperti berikut:

Kuala Lumpur
Keputusan Carian Kuala Lumpur di YouTube

Keputusan carian Kuala Lumpur menunjukkan sebuah kotak biru dengan 4 keputusan, dan yang pertama adalah icon Google Maps.

Sekiranya anda klik pada icon tersebut, anda akan dipersembahkan dengan Google Maps pada YouTube seterusnya diberi pilihan untuk membuat carian berdasarkan geografi.

YouTube Geografi
Google Maps melalui YouTube

Selain daripada itu, anda juga boleh menambah YouTube pada Google Maps.


TIPS & ULASAN