Nikmati Video Definisi Tinggi Dengan Media Player Classic Home Cinema

Nikmati Video Definisi Tinggi Dengan Media Player Classic Home Cinema

Diterbitkan pada July 13, 2008 oleh .

Media Player Classic edisi Home Cinema adalah salah satu modifikasi daripada Media Player Classic yang mana dihasilkan khas untuk peminat Home Cinema. Antara fungsi yang dinaik taraf dalam Media Player Classic Home Cinema adalah penambahan beberapa video decoder baru seperti H.264 dan VC-1 dengan sokongan DXVA, sokongan EVR renderer dan juga lebih mesra Windows Vista disamping keluaran khas versi 64-bit untuk Windows Vista.

Media Player Classic Home Cinema
Antaramuka Media Player Classic Home Cinema

Selain daripada itu, ia juga mengekalkan beberapa ciri-ciri Media Player Classic seperti penggunaan memori yang rendah dan menyokong pelbagai jenis format video.

Untuk mula menggunakannya, anda boleh memuat-turun perisian ini, dan sekiranya anda seorang pembangun perisian, anda boleh bermain-main dengan kod sumbernya.


TIPS & ULASAN