Mungkin ramai yang sudah perasan atau mungkin tidak. Sejak beberapa hari yang lepas, saya dapati terdapat beberapa iklan daripada DoubleClick yang bermain dalam Nuffnang. DoubleClick adalah salah satu media pengiklanan secara dalam talian. DoubleClick telah diperolehi oleh Google pada tahun lepas dengan harga jutaan ringgit.
Berbeza dengan Google Adsense yang menyediakan pengiklanan dalam bentuk teks dan imej, DoubleClick pula menyediakan pengiklanan dalam bentuk imej, video dan flash.
Salah Satu Iklan DoubleClick dalam Nuffnang
Semenjak beberapa minggu ini, saya perasan yang pihak Nuffnang menggunakan iklan daripada DoubleClick untuk diperlihatkan kepada para pengunjung. Walaubagaimanapun, perkara ini telah di perasan oleh salah seorang blogger terlebih dahulu – pada tahun lepas.
Walaubagaimanapun, perkara ini tidak dinyatakan oleh pihak Nuffnang dalam blog mereka (atau mungkin saya terlepas pandang?).
Dengan menggunakan iklan daripada pihak ketiga, para blogger (publisher) tidak akan tertunggu-tunggu untuk iklan dipertontonkan di dalam blog mereka. Ini kerana, DoubleClick sememangnya sebuah syarikat pengiklanan yang besar dan dengan pengabungannya dengan Google, mustahil tiada iklan yang dapat dipertontonkan.