Carian
Naik taraf blog anda ke WordPress 2.6 Tyner
July 15, 2008 Aman

Akhirnya, setelah beberapa kali cubaan beta untuk versi 2.6, kini WordPress 2.6 dilancarkan secara rasminya. Beberapa fungsi baru telah ditambah dan fungsi sedia ada telah dinaik taraf dalam WordPress 2.6, dan kesemua ini telah dirumuskan oleh pihak WordPress dalam satu video ringkas.

https://videopress.com/v/mARhRBcT/fmt_std

Sekiranya anda malas untuk menonton video tersebut, berikut merupakan fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan didalam WordPress 2.6;

  • Post Revisions – kini anda boleh track segala perubahan yang dilakukan keatas sesuatu artikel yang telah anda terbitkan.
  • Fungsi Press This! – Kini anda boleh menulis dari mana-mana laman web, seperti memasukkan imej, atau video lain yang kelihatan menarik terus ke laman blog anda tanpa perlu melalui panel admin.
  • Pengenalan Google Gears – WordPress 2.6 didatangkan dengan sokongan Google Gears dengan nama Turbo. Anda boleh menjimatkan bandwith bulanan anda dengan fungsi baru ini.
  • Lihat Tema Anda Sebelum Di Aplikasikan – Salah satu fungsi yang menarik telah ditambah ialah, theme preview. Kini anda boleh melihat bagaimana sesuatu tema itu akan kelihatan pada blog anda sebelum mengaplikasikannya.
  • Word Count – Ketahui berapa banyat perkataan terdapat dalam artikel anda
  • …dan pelbagai perkara yang menarik lagi
  • WordPress 2.6 juga telah menyelesaikan 194 masalah daripada versi sebelumnya. Jadi, apa tunggu lagi, kemaskini pemasangan WordPress anda hari ini.

    Komen