Carian
Malaysiakini Menggunakan YouTube API Untuk Pemain Videonya
July 17, 2008 Aman

Sekiranya anda pergi ke laman Malaysiakini.TV, anda mungkin terperasan mengenai pemain videonya yang berlainan dengan pemain asal YouTube. Walaubagaimanapun, kesemua video yang dimainkan adalah daripada server YouTube, dan yang berbezanya cumalah pemain videonya sahaja.

Pemain Video Malaysiakini
Pemain Video Malaysiakini [Gambar Kecil : Pemain asal YouTube]

Hal ini adalah disebabkan, Malaysiakini.TV menggunakan YouTube “Chromeless Player” JavaScript API untuk pemain videonya. Dengan menggunakan YouTube “Chromeless Player” JavaScript API, anda boleh:

  • Mengubah rekabentuk keseluruhan pemain video anda. Walaubagaimanapun, logo YouTube pada video tetap akan kelihatan.
  • Menetapkan volume untuk setiap video. Asalnya, para pengguna harus menetpakan sendiri.
  • Video-video yang berkaitan yang selalunya ditunjukkan pada pengakhir video, tidak ditunjukkan.
  • Anda boleh menetapkan penggunaan button play, pause dan sebagainya, serta menetapkan sama ada perlu memasukkan button-button ini atau tidak.
  • Salah satu masalah yang perlu di atasi ialah, dengan penggunaan YouTube “Chromeless Player” JavaScript API ini, anda tidak dapat mengetahui samaada video tersebut masih terdapat di dalam server atau telah dipadamkan disebabkan isu-isu tertentu.

    Komen