Carian
MySpace Membuka Peluang Kepada Pembangun Aplikasi Dari Asia
July 18, 2008 Aman

MySpace hari ini memperkenalkan pertandingan khas untuk pembangun perisian daripada Asia (China, Japan, Korea, India) : TheGame08, dimana para pembangun boleh menyertainya dan membangunkan sebuah permainan sosial yang menarik dan boleh dipermainkan pada platfrom MySpace. Dan menariknya, permainan ini akan dipertontonkan pada Tokyo Game Show pada bulan Oktober ini.

MySpace ThGame08

Agak mendukacitakan kerana pertandingan ini langsung tidak dibuka kepada para penduduk Asia Tenggara. Walaubagaimanapun, sekiranya anda berusia 18 tahun dan merupakan penduduk tetap di negara-negara terbabit, anda boleh menyertainya.

Aplikasi yang menang akan diterjemahkan ke bahasa English, Cina, Jepun dan Korea dan tentunya pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan daripada pihak MySpace. Pemenang akan diisytiharkan pada 9 Oktober di Tokyo Game Show.

Komen