Cari @ Amanz

Bagi yang menggunakan VLC Media Player, kini anda boleh mencuba versi terbaru mereka – VLC 0.9.0 yang mana masih dalam peringkat alpha yang bermakna masih dalam versi percubaan. Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan gambaran awal, berikut merupakan review ringkas mengenai VLC 0.9.0:

Antaramuka VLC 0.9.0
Antaramuka VLC 0.9.0

Antaramuka VLC versi terbaru ini mengalami perubahan drastik berbanding dengan versi terdahulu. Walaubagaimanapun, ianya tetap menyokong style lain yang mana boleh dimuat turun dari internet.

VLC 0.9.0 Bahasa Melayu
Sokongan Bahasa Melayu

VLC 0.9.0 yang terbaru ini dilihat menyokong bahasa Melayu, walaupun tidak secara keseluruhannya. Walaubagaimanapun, agak pelik kerana ketika pemasangan, saya memilih English, malah Melayu tidak langsung kelihatan pada ketika itu. Saya masih tidak mengetahui bagaimana mereka dapat ketahui pengguna merupakan daripada negara Malaysia.

VLC dan Mozilla
VLC dan Mozilla Firefox

Versi VLC yang terbaru ini juga kelihatan mempunyai plugin khas untuk Mozilla Firefox. Walaupun masih kurang pasti dengan kegunaannya, ianya mungkin berkait rapat dengan memainkan video di internet.


Masalah Yang Di Kenal Pasti

Seperti yang dikatakan pada awal artikel, oleh kerana ianya masih dalam peringkat percubaan, maka beberapa masalah masih terdapat dalam perisian ini dan mungkin akan diselesaikan sebelum ianya dilancarkan kepada umum tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin mencubanya, anda boleh memuat turun perisian VLC 0.9.0 secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd