Cari @ Amanz

Baru beberapa hari yang lepas saya menulis mengenai beberapa media pengiklanan internet tempatan. Kini, menjadi syarikat yang ke-9, AdtoReal, memasuki pasaran tempatan.


Contoh Iklan AdToReal

Berbeza dengan beberapa syarikat yang lain, AdtoReal menggunakan OpenX untuk mengawal dan menguruskan pengiklanan. Selain daripada itu, saiz iklan yang ditawarkan buat masa ini ialah 468×60. Malah buat permulaan ini, mereka hanya memilih blog yang dibawah angka 2 juta pada Alexa sahaja untuk menyertai sebagai pepamer iklan mereka. Jadi, sudah tentu iklan mereka akan ditayangkan pada blog-blog yang mempunyai pengunjung yang tinggi.

Pengiklan boleh menempah iklan pada mereka dengan kadar RM20 seminggu. Ya, AdtoReal menggunakan tempoh masa seminggu dan bukannya jumlah impression dan sebagainya. Walaubagaimanapun, sekiranya pada sesuatu minggu itu tidak terdapat sebarang pengiklan, maka iklan daripada Google Adsense akan dipusingkan pada waktu itu.

Untuk menguji prestasi syarikat pengiklan ini, saya telah menghantar blog ini, dan mereka telah approve dan memberikan kod tersebut kepada saya. Nampaknya seperti, para pepamer (publisher) tidak mendapat panel mereka untuk menjaga ruang iklan mereka. Kalau tidak silap, rasanya mereka boleh membuat ruangan publisher pada OpenX. Mungkin kerana ianya masih dalam peringkat beta tertutup, beberapa perkara masih dalam pembangunan. Anda boleh melihat contohnya pada bahagian header.

Lagi satu cadangan kepada AdtoReal adalah, mungkin pihak mereka perlu membuang bar dibawah yang bewarna hitam. Ini menunjukkan sedikit tidak professional apabila ianya dibandingkan dengan layout blog yang berwarna cerah. Boleh dibuang setelah bermain sedikit dengan koding.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd