Cari @ Amanz

Microsoft kini dalam perancangan untuk membuka peluang kepada para pembangun laman web dan blog menggunakan AdCenter pada laman mereka. Perkara ini sudah tentunya sebagai langkah untuk bersaing dengan Google Adsense dan juga Yahoo Publisher Network.

Sebelum ini, Yahoo! telah mengumumkan bahawa mereka akan menggunakan teknologi Google untuk iklan di laman mereka. Walaubagaimanapun, perkara ini kurang disenangi oleh Microsoft. Kini, Microsoft menggunakan AdCenter untuk bersaing dengan Google.

AdCenter telah pun diperkenalkan terlebih dahulu, tetapi peluang untuk para pembangun laman web tidak diberikan. Kini, mereka memberikan peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mencubanya, mendaftarkan diri. Walaubagaimanapun, beberapa syarat perlu dipatuhi, seperti anda tidak boleh menulis mengenainya dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd