Carian
Sunway – Bandar Dengan Perkhidmatan WiMax
July 20, 2008 Aman

Salah satu perjanjian yang ditandatangani pada hari Isnin yang lalu menyaksikan pemegang lesen WiMax, Packet One Networks (P1) akan menyediakan servis jalur lebar tanpa wayar (wireless broadband) kepada pembangun hartanah, Sunway Group. Perjanjian itu menjadikan beberapa kawasan utama di kawasan Bandar Sunway (yang mana dibangunkan oleh Sunway Group) mendapat servis jalur lebar tanpa wayar. Malah lebih 100 tempat Wi-Fi telah diaktifkan.

Antara enam kawasan yang mendapat faedah daripada perjanjian ini ialah pasaraya Sunway Piramid, taman tema Sunway Lagoon, Sunway University College, Sunway Mentari, Sunway Metro dan juga Monash University Sunway Campus. Sekiranya anda berada dalam lingkungan kawasan ini, anda boleh melayari internet pada kelajuan sehingga 128 Kbps. Dan sekiranya anda diluar kawasan, anda boleh memilih servis berbayar dimana anda boleh mendapat akses internet sehingga 512 Kbps.

Dalam berita lain, P1 mengumumkan ianya bakal melancarkan WiMax kepada para pengguna lain dalam suku tahun ketiga. Bersama kita nantikan kemunculan WiMax tidak lama lagi sebagai pencabar kepada jalur lebar dengan wayar seperti Streamyx dan Maxis Broadband.

Komen