Nama Domain .me Sudah Boleh Di Daftar

Nama Domain .me Sudah Boleh Di Daftar

Diterbitkan pada July 21, 2008 oleh .

Setelah beberapa minggu membuat pra-pendaftaran, kini nama domain .me boleh didaftarkan dengan kadar ~RM80 untuk setahun. Domain .me adalah nama domain yang diberikan untuk negara Montenegro, setelah ia memerdekakan diri daripada Serbia and Montenegro pada tahun 2006. Sebelum ini, negara Serbia dan Montenegro menggunakan nama domain .yu sebelum mereka berpisah dan Montenegro menggunakan nama domain .me manakala Serbia menggunakan nama domain .rs

Domain .me dikatakan berpotensi dan ada yang mengatakan bahawa ianya bakal menjadi nama domain ke-empat pilihan ramai selepas .com .net dan .org. Walaubagaimanapun, sehingga hari ini, nama domain negara yang menjadi pilihan ramai adalah .cn (China) diikuti dengan .in (India). Perkara ini mungkin akan berubah tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN