Blogger Kini Menyokong Bahasa Malaysia

Blogger Kini Menyokong Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada July 22, 2008 oleh .

Setelah sekian lama, akhirnya Blogger telah pun menyokong Bahasa Melayu. Kini anda boleh mengubah tetapan pada blog Blogger anda untuk menggunakan Bahasa Melayu, malah bantuan juga kini disediakan dalam bahasa Melayu.


Muka Hadapan Blogger

Blogger adalah salah satu perkhidmatan blog percuma yang disediakan oleh Pyra Labs pada tahun 1999 dan kemudiannya dibeli oleh Google pada tahun 2003. Terdapat ramai penulis blog dari Malaysia yang menggunakan perkhidmatan Blogger. Selain daripada Blogger, ramai penulis memilih WordPress.com untuk hos blog mereka. Walaubagaimanapun, WordPress.com telah lama memperkenalkan bahasa Malaysia pada perkhidmatan mereka sebelum Blogger.


TIPS & ULASAN