Pemain Video Malaysiakini Berubah Lagi

Pemain Video Malaysiakini Berubah Lagi

Diterbitkan pada July 22, 2008 oleh .

Sekiranya anda pernah membaca artikel terdahulu, mungkin anda semua telah mengetahui berkenaan penggunaan YouTube API Chromeless Player oleh Malaysiakini.TV. Hari ini, ketika melayari laman Malaysiakini, sekali lagi saya terperasan perubahan pemain video mereka.

Jikalau pemain video tersebut diperbandingkan dengan pemain video YouTube yang biasa, terdapat tiga perbezaan secara rambang.


Pemain Video MalaysiaKini

  • 1 Pertama ialah kedudukan logo YouTube pada video tersebut. Biasanya, logo YouTube berada diatas panel kawal suara (volume), tetapi, pada pemain video ini, ianya berada pada kedudukan atas. Hal ini berlaku kerana thumbnail video sambungan di perlihatkan dibahagian bawah
  • 2 Kedua ialah video tersebut menunjukkan video-video sambungan kepada video yang dimainkan. Oleh kerana YouTube meletakkan syarat supaya setiap video yang dimuat-naik tidak melebihi jangka masa 10 minit, maka video-vide yang lebih panjang, terpaksa dipotong. Sebagai contoh, pada video yang dilihat ketika gambar ini dirakamkan, video tersebut mempunyai jangka masa lebih kurang 40 minit. Maka vide tersebut telah dipecahkan kepada 4 bahagian, dan thumbnail ke-empat empat video tersebut ditunjukkan dibahagian bawah
  • 3 Yang ketiga ialah, panel kawalan pada pemain video tersebut mempunyai butang tambahan yang mana boleh mengawal samaada thumbnail sambungan video tersebut ditunjukkan atau pun tidak. Sekiranya diklik, logo YouTube akan berada pada kedudukan atas, dan thumbnail video sambungan (part2, part3 dan sebagainya) akan diperlihatkan dibahagian bawah.
  • Pernahkah anda terserempak dengan pemain video seperti ini, ataupun adakah Malaysiakini menggunakan YouTube API untuk membuatnya menjadi sebegini?


    TIPS & ULASAN