Adakah anda sudah ketahui berkenaan dengan BarCampMalaysia yang bakal diadakan pada hari Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai) ini? Mungkin ramai masih tertanya-tanya apakah itu BarCamp. BarCamp ialah salah satu sesi dimana pembangun, perekabentuk, pengguna malah sesiapa sahaja duduk dan berbincang mengenai sesuatu isu.
Untuk edisi buat pertama kali ini, BarCamp Malaysia membawakan pelbagai topik-topik menarik untuk diperbincangkan. Tetapi, amat menyedihkan kerana terdapat 4 topik yang bergerak pada waktu yang sama di tempat yang berlainan. Berikut merupakan topik-topik yang bakal dibincangkan pada BarCamp Malaysia 2008 ini:
Jadual BarCampMalaysia 26 Julai 2008(Sabtu)
Jadual BarCampMalaysia Hari Sabtu – 26 Julai 08
Jadual BarCampMalaysia 28 Julai 2008 (Ahad)
Jadual BarCampMalaysia Hari Ahad – 27 Julai 08
Walaupun pada awalnya, hanya 150 kerusi disediakan, pihak BarCamp telah mengambil inisiatif dengan membuat pendaftaran terbuka pada hari tersebut. Ini bermakna, siapa yang datang dulu, maka boleh menyertai mereka sehingga tempat-tempat di BarCamp dipenuhi. Dan sudah tentunya bilangannya adalah lebih daripada 150 kerusi.
[flv:http://amanznetwork.googlepages.com/barcampmalaysia_intro.flv http://amanznetwork.googlepages.com/barcamp_intro.png 512 384]
Video diletakkan sekadar untuk menguji pemain baru. Video diletakkan dari server Google, jadi jangan bimbang mengenai Bandwith.Tonton video yang sama di YouTube.