Cari @ Amanz

Yahoo! dalam cabarannya bersama Google, kini telah mengambil langkah awal dengan membolehkan aplikasi emel pada webnya digunakan juga ketika offline. Untuk merealisasikan perkara ini, mereka menggunakan aplikasi Yahoo! Zimbra Desktop. Berbeza dengan Google Gears, yang mana menyimpan data dari internet kedalam komputer untuk akses pada waktu offline, Yahoo! Zimbra Dekstop pula ialah aplikasi persendirian, dimana ianya menyimpan data dalam bentuk Java. Perisian Yahoo! Zimbra Dekstop sendiri bersaiz 38 Mb untuk Windows dan 44 Mb untuk Linux.


Pilihan E-mel Yang Hendak Di Uruskan Oleh Zimbra Ketika Pemasangan

Dan salah satu perkara yang menariknya ialah Yahoo! Zimbra Desktop turut menyokong emel dari Google – GMail dan emel-emel lain yang menyokong POP atau IMAP. Sekiranya anda menghantar emel ketika anda dalam keadaan offline, emel tersebut akan disimpan pada folder OutBox dan seterusnya akan dihantar ketika anda online semula.


Antarmuka Yahoo! Zimbra Desktop

Yahoo! membeli Zimbra pada September 2007 dengan nilai lebih kurang $350 juta. Pada ketika itu, Zimbra menyediakan perkhidmatan emel, kalender dan kebolehan untuk bekerja tanpa talian (offline). Zimbra diedarkan oleh Yahoo! dengan lesen sumber terbuka, dimana anda boleh mengubahsuai atau menggunakannya tanpa sebarang kos.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd