Cari @ Amanz

Artikel ini ditulis sempena dengan BarCampMalaysia yang diadakan selama dua hari, Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai)

Mungkin ramai yang sudah mendengar mengenai Google Android. Secara amnya, Android adalah salah satu platform untuk perkakas mudah alih yang mana dibangunkan oleh Google dengan kerjasama Open Handset Alliance.


Slide Android Pada BarCampMalaysia

  • Sokongan Perhubungan : Android menyokong kebanyakkan teknologi perhubungan seperti GSM/EDGE, CDMA, EV-DO, UMTS, Bluetooth, dan Wi-Fi.
  • Pelayar Web : Secara umumnya, Android menyokong pelayar web melalui perisian WebKit.
  • Sokongan Media : Android bakal menyokong kebanyakkan jenis media seperti MPEG-4, H.264, MP3, adan AAC, AMR, JPEG, PNG, GIF.
  • Sokongan Hardware : Sama seperti iPhone, Android juga menyokong skrin sesentuh, kompas, kamera video dan kamera gambar, disamping sokongan grafik 3D
  • Simpanan Data : Untuk menyimpan data, Android menggunakan SQLite
  • Android bakal dikeluarkan dengan menggunakan lesen Apache atau GPL. Ini bermakna anda boleh mengubahsuai platform ini mengikut citarasa anda selagi tidak melanggar sebarang akta. Perisian yang ditulis juga perlulah berdasarkan kepada platform Java. Ini adalah salah satu perkara negatif Android jikalau diperbandingkan dengan OpenMoko.

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd