Artikel ini ditulis sempena dengan BarCampMalaysia yang diadakan selama dua hari, Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai)
Pernahkah anda terdengar mengenai Widgeo.us? Ianya merupakan salah satu Web 2.0 yang dibangunkan oleh pembangun dari negara jiran kita, Singapura. Secara amnya, Widgeo.us adalah salah satu platform yang membenarkan para pengguna berkomunikasi menggunakan beberapa saluran seperti widget, SMS dan juga IM.
U-Zyn Chua daripada Widgeo.us Memberikan Penerangan
Buat masa kini, antara aplikasi (widget) yang disokong oleh Widgeo.us adalah penterjemahan bahasa, panduan cuaca semasa, dan juga kamus dalam talian. Selain daripada itu, mereka juga kini menyediakan API supaya para pembangun boleh membangun aplikasi kesukaan anda dan kemudiannya berkongsi bersama rakan-rakan lain. Untuk hal ini, mereka menyediakan hadiah bernilai SD$250 melalui pertandingan Hackathon.
Contoh Penggunaan Widgeo.us
Selain daripada itu, mereka juga menyediakan beberapa aplikasi dalam talian yang berciri interaktif, seperti Floating Room dan juga Hangman. Melalui Floating Room, anda boleh bersembang dalam masa nyata menggunakan IM, Twitter mahupun melalui web. Manakala Hangman pula adalah salah satu permainan teka perkataan yang sangat menarik. Anda boleh mendaftarkan diri di Widgeo.us secara percuma sekarang.