Cari @ Amanz

Artikel ini ditulis sempena dengan BarCampMalaysia yang diadakan selama dua hari, Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai)

Pada masa kini, rekabentuk sesuatu laman web memainkan peranan yang amat penting. Malah terdapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa rekabentuk yang kurang menarik lebih menarik perhatian orang ramai daripada rekabentuk yang menarik. Sebagai contoh, rekabentuk laman web yang menggunakan kesemunya berwarna hitamputih, tetapi sekiranya menggunakan logo berwarna merah akan lebih menarik perhatian sekiranya anda menggunakan warna yang harmoni.

Selain daripada itu, beberapa perkara yang perlu diambil perhatian adalah seperti penglihatan antaramuka sesuatu laman web itu dari pemandangan seorang yang buta warna. Contohnya, mereka akan melihat warna merah seperti hijau, dan begitu juga sebaliknya.

Secara amnya, Web 2.0 bukan kepada rekabentuk, tetapi keinteraktifan sesuatu laman terbabit. Anda sebagai seorang perekabentuk, perlu cuba untuk mengekspresikan diri anda dan bukannya membuat rekabentuk dengan menggunakan pemikiran semata-mata.

Akan cuba mendapatkan slide presentation esok

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd