BarCampMalaysia : Pengenalan Kepada Drupal

BarCampMalaysia : Pengenalan Kepada Drupal

Diterbitkan pada July 26, 2008 oleh .

Artikel ini ditulis sempena dengan BarCampMalaysia yang diadakan selama dua hari, Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai)

Sudahkah anda mencuba Drupal? Drupal merupakan salah satu Content Management System yang percuma dan bercirikan sumber terbuka sama seperti WordPress. Sama seperti CMS yang lain, Drupal membolehkan para pengguna menulis artikel, menyusun, mengubah rekabentuk dan sebagainya.


Penyampaian Berkenaan Drupal Oleh Salah Seorang Pembangun Daripada Belgium Pada BarCampMalaysia

Walaupun Drupal boleh dinaik-taraf penggunaannya, pemasangan asasnya sudah memadai bagi orang yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengaturcaraan (programming). Secara asasnya, Drupal menggunakan procedural programming dan bukannya object-oriented programming.

Drupal kini mempunyai lebih daripada 300,00 pengguna termasuk beberapa laman terkemuka seperti Yahoo! dan sebagainya. Di Malaysia sendiri terdapat beberapa orang pembangun laman web menggunakan Drupal. Anda mungkin boleh mencubanya, kerana ianya nampak menarik dan setanding dengan Joomla.


TIPS & ULASAN