BarCampMalaysia : Yahoo! Search Monkey

BarCampMalaysia : Yahoo! Search Monkey

Diterbitkan pada July 26, 2008 oleh .

Artikel ini ditulis sempena dengan BarCampMalaysia yang diadakan selama dua hari, Sabtu (26 Julai) dan Ahad (27 Julai)

Anda sebagai seorang pembangun, sudah tentunya inginkan sesuatu yang bakal menyenangkan tugas anda disamping anda membantu orang lain menyenangkan tugas mereka. Pada bulan Februari, Yahoo! mula membenarkan para penggunanya menggunakan Yahoo! Search pada laman web masing-masing, dan kini mereka membuka peluang kepada para pembangun untuk membangunkannya melalui Search Monkey.


Slide Search Monkey di BarCampMalaysia

Secara amnya, melalui SearchMonkey:

  • Pembangun boleh membangunkan salah satu aplikasi yang akan enhance keputusan carian, mempunyai akses kepada data pengguna Yahoo! Search dan cuba mencipta sesuatu yang baru untuk generasi akan datang.
  • Pengguna boleh mengubahsuai search experience dengan membina aplikasi untuk laman kegemaran mereka.
  • Pemilik Laman Web boleh membina enhanced search results yang memberikan para pengguna suatu informasi yang amat berguna dengan memasukkan pautan, gambar, dan nama (name-value) pada sesuatu keputusan carian.

  • Penyampaian Oleh Wakil Yahoo! Pada BarCampMalaysia

    Anda boleh mencuba untuk membina salah satu aplikasi berasaskan carian melalui Yahoo! Search Monkey, walaubagaimanapun, keputusan untuk menggunakannya kepada para pengguna internet yang lain masih terletak di tangan Yahoo! kerana mungkin berlaku penyalahgunaan seperti memasukkan link-link spam dan sebagainya.


    TIPS & ULASAN