Sebelum ini, dikatakan bahawa Google dalam perbincangan terakhir untuk membeli Digg dengan harga melebihi $200 juta. Walaubagaimanapun, kini Google dikatakan telah menarik diri daripada membeli Digg.
Digg merupakan salah satu laman web yang direka untuk pengguna berkongsi maklumat dengan menghantar link dan ringkasan artikel berserta dengan tajuk. Fungsi utama laman tersebut adalah dimana para pengguna dan pembaca dapat mengundi naik atau turun sesuatu cerita atau artikel, dan membawa artikel yang menarik dengan undian yang tinggi ke muka hadapan.
Antara laman-laman di Malaysia yang mempunyai konsep serupa dengan Digg adalah Negaraku, Digg Malaysia, Innit, RockYourVote, Fark.my.