Cuil Masuki Arena Enjin Carian

Cuil Masuki Arena Enjin Carian

Diterbitkan pada July 28, 2008 oleh .

Kini, Google mendapat pencabar terbaru apabila munculnya enjin carian terbaru – Cuil yang dikatakan telah mengindex lebih daripada 120 billion laman web yang mana sekaligus mengalahkan Google yang hanya mengindex sebanyak lebih kurang 80 billion laman web. Cuil juga dikatakan enjin carian dengan index laman web yang paling terbanyak setakat ini. (Google dikatakan telah mengindex 1 Trillion Laman Web [via])


Muka Hadapan Enjin Carian Cuil

Melalui percubaan yang dilakukan, enjin carian Cuil lebih pantas jikalau diperbandingkan dengan Google. Malah cara mereka mempersembahkan keputusan carian juga amat berbeza dengan kesemua enjin carian lain, kerana mereka mempersembahkan keputusan dalam tiga kolumn, bebanding enjin carian yang lain yang selalunya menyusun keputusan carian ke bawah.


Cara Penyampaian Cuil Yang Berbeza Dari Enjin Carian Yang Lain

Selain daripada itu, pelbagai fungsi-fungsi menarik Cuil dan salah satunya Search Suggestion yang sama seperti Yahoo! dan Google. Ianya turut menyokong kata kunci yang digunakan secara minimum dalam Search Suggestion.


TIPS & ULASAN