OpenSUSE 11 Setanding Fedora dan Ubuntu

OpenSUSE 11 Setanding Fedora dan Ubuntu

Diterbitkan pada June 21, 2008 oleh .

OpenSUSE 11 selepas beberapa hari Mozilla Firefox 3 dilancarkan. Dengan OpenSUSE, anda boleh memilih samaada ingin menggunakan versi GNOME ataupun KDE. OpenSUSE GNOME menggunakan versi GNOME 2.22 untuk desktop, manakala OpenSUSE KDE menggunakan versi KDE 4.04 yang mana merupakan versi KDE yang stabil setakat ini.

OpenSUSE 11 - Antaramuka Desktop
OpenSUSE 11 – Antaramuka Desktop

Selain daripada itu, OpenSUSE 11 juga di pasang lengkap dengan Mozilla Firefox 3 beta 5, yang mana anda boleh menaik taraf kepada versi penuh Firefox 3 dengan hanya beberapa klik sahaja.

OpenSUSE 11 - Kanta Pembesar Pada Pelayar Web
OpenSUSE 11 – Penggunaan Kata Pembesar Pada Pelayar Web

Versi terkini OpenSUSE ini juga didatangkan dengan Compiz Fusion iaitu salah satu aplikasi untuk membuat efek desktop. Selain daripada itu, terdapat lebih 200 aplikasi terbaru beserta dengan kemaskini mereka.

OpenSUSE 11 - Transformasi Desktop
OpenSUSE 11 – Efek Khas Pada Desktop

Mungkin OpenSUSE akan menjadi salah satu pilihan utama para pengguna sistem sumber terbuka selain daripada Fedora dan juga Ubuntu yang mana dikenali ramai. Anda boleh mula memuat-turun OpenSUSE 11 daripada laman utama mereka, dimana versi GNOME Live CD dan KDE Live CD membolehkan pengguna mencuba sistem OpenSUSE tanpa perlu memasangnya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN