Friendster hari ini memperkenalkan fungsi Friendster on Mobile dimana anda akan mendapat notifikasi mengenai penambahan rakan baru, buletin baru, komen terbaru dan segalanya berkaitan dengan Friendster terus ke telefon bimbit anda. Tetapi, berbeza dengan Twitter dan Jaiku, Friendster mengenakan caj sebanyak RM0.50 untuk setiap mesej yang diterima oleh anda.
Friendster Pada Telefon Bimbit
Buat masa ini, servis ini hanya dibuka khas untuk pengguna dari Malaysia sahaja. Mungkin Friendster perlu mencari alternatif seperti Twitter dan Jaiku dimana para pengguna menerima mesej secara percuma dan tiada sebarang caj dikenakan. Jikalau kos operasi dianggap amat tinggi sekiranya berbuat demikian, mungkin mereka boleh mengehadkan sebanyak 100 mesej untuk seminggu dan sebagainya. Buat masa ini, Twitter memberikan sebanyak 250 mesej secara percuma kepada setiap penggunanya, manakala saya kurang pasti berkenaan Jaiku yang dimiliki oleh Google.
Walaubagaimanapun, tahniah buat Friendster kerana menjadi antara terawal yang menyediakan servis web sosial ke telefon bimbit.