Cari @ Amanz

Mungkin ramai yang sudah ketahui berkenaan hari pembukaan Olimpik pada 8 Ogos ini, (080808). Dalam dunia teknologi pula, Flickr memperkenalkan Flickr 888 – Salah satu projek global dimana pada hari tersebut, ia menjemput para fotografi dan sesiapa sahaja untuk merakamkan dan berkongsi gambar dan imej dengan para pengguna lain melalui Flickr. Anda hanya boleh menghantar satu gambar pada hari tersebut, dan pastikan gambar yang anda hantar betul-betul berkualiti. Projek yang sama pernah dijalankan pada tahun yang lalu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd