Google Page Creator Bakal Ditutup

Google Page Creator Bakal Ditutup

Diterbitkan pada Ogos 16, 2008 oleh .

Google kini telah menutup pendaftaran baru untuk menggunakan Google Page Creator. Page Creator adalah salah satu aplikasi dalam talian yang mana membenarkan anda membangunkan laman tanpa sebarang pengetahuan HTML. Walaupun Google menggunakan rich-text editor yang dibangunkan bersama Page Creator pada beberapa produk yang lain seperti Knol dan sebagainya, ia mengambil keputusan untuk menghentikan pendaftaran baru pada laman tersebut.


Notis diletakkan di laman Google Page Creator

Walaubagaimanapun, sebagai alternatif, Google menyediakan Google Sites yang mana menyediakan fungsi-fungsi menarik seperti navigasi, header dan membolehkan pengguna menyertakan video, calendar dan juga docs.


TIPS & ULASAN