Bagi yang menggunakan antivirus AVG Free, versi terbaru iaitu versi ke-8 telah pun dikeluarkan oleh pihak Grisoft. Beberapa bulan yang lepas, pihak mereka telahpun mengeluarkan AVG Pro 8 yang mana memerlukan pengguna membayar untuk menggunakannya yang mana datangnya dengan beberapa ciri-ciri tambahan.
Antaramuka AVG Free 8.0 [Via]
Sama seperti AVG Pro 8, AVG Free 8 juga memperkenalkan antaramuka baru yang nampak lebih kemas dan menarik berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, AVG Free 8 juga menyokong Windows Vista dan kini digunakan oleh lebih daripada 70 juta pengguna diseluruh dunia.