Android Market – Sistem Pengedaran Aplikasi Android

Android Market – Sistem Pengedaran Aplikasi Android

Diterbitkan pada Ogos 30, 2008 oleh .

Nampaknya kini, pihak pembangun Android sedang dalam pembangunan terakhir sebelum telefon bimbit yang menggunakan perisian Android menemui para pengguna pada bulan Oktober ini. Perkara terbaru yang sedang dibangunkan oleg pihak pembangun Android adalah Android Market – salah satu sistem pengedaran yang mana membolehkan para pengguna mencari, membeli dan memuat turun pelbagai aplikasi yang disokong oleh Android.


Antaramuka Android Market Pada Telefon Bimbit Android

Para pembangun pula boleh membangunkan aplikasi mereka dibawah lesen sumber terbuka dan seterusnya mengedarkannya secara percuma. Kesemua aplikasi akan dikumpulkan dibawah satu laman dan disusun mengikut rating pengguna.

Adakah Android bakal memberikan cabaran yang hebat buat iPhone?


TIPS & ULASAN