Cari @ Amanz

Ingat lagi mengenai Rotatee yang mana pernah diperkatakan ramai beberapa bulan yang lalu? Bagi yang masih tidak mengetahui apa itu Rotatee, berikut merupakan penjelasan ringkas yang dipetik dari laman MohdIsmail:

Rotatee, sebuah perkhidmatan online yang menawarkan platform mudah untuk pemilik website/blog/forum untuk rotate iklan yang ada di’sesuatu spot.

Rotatee Bandwith Terlebih
Laman Rotatee Kehabisan Bandwith

Setelah beroperasi beberapa bulan dalam keadaan beta, kini mereka menghadapi masalah paling besar iaitu pengguna yang terlalu ramai. Perkara ini telah menyebabkan server mereka tidak dapat menampung jumlah pengguna yang terlalu ramai. Bermula petang tadi, laman mereka tidak dapat diakses disebabkan kehabisan bandwith. Mungkin sudah tiba masanya mereka untuk berpindah ke server baru yang lebih besar. Dan ini mungkin menyebabkan pihak Rotatee memperlihatkan iklan di laman mereka ataupun mula memperkenalkan Rotatee versi Pro. Kita tunggu dan lihat sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd