Cari @ Amanz

Setelah lebih kurang 5 bulan mengeluarkan IE8 Beta 1, kini pihak Microsoft telah pun mengeluarkan IE8 Beta 2. Sebelum ini, pihak Microsoft tidak begitu mewar-warkan pengeluaran IE8 Beta 1 kerana ianya bertujuan supaya para pembangun dan pereka bentuk mengujinya terlebih dahulu sebelum ianya dikeluarkan kepada pengguna biasa. Kini, Microsoft mengeluarkan IE8 Beta 2 untuk para pengguna supaya mencubanya terlebih dahulu sebelum versi penuh dikeluarkan.

Internet Explorer atau IE merupakan pelayar web yang digunakan paling ramai didunia iaitu lebih kurang 70% daripada para pengguna internet. Walaubagaimanapun, data baru selepas pengeluaran Mozilla Firefox 3 masih belum dikeluarkan. Sebelum ini, IE menghadapi beberapa masalah dalam me-render kod sesuatu laman web, dan dengan pengeluaran IE8 diharap ianya setanding dengan Opera dan Mozilla Firefox.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd