Jaiku Kini Di Server Google

Jaiku Kini Di Server Google

Diterbitkan pada Ogos 31, 2008 oleh .

Setelah sekian lama Google membeli Jaiku, salah satu servis mobile-blogging sama seperti Twitter, kini Jaiku secara rasminya telah berpindah ke server Google. Untuk menggunakan Jaiku, buat masa ini, anda perlu mendapat invitation atau jemputan daripada rakan-rakan anda yang telah pun berdaftar di Jaiku. Kini, Jaiku menawarkan jemputan tanpa had kepada setiap penggunanya, dan tidak lagi seperti sebelum ini, yang mana ianya mempunyai had jemputan bagi setiap pengguna.

Selain daripada itu, Jaiku masih menyokong sistem SMS, dimana anda akan mendapat SMS setiap kali rakan anda mengemas-kini profail mereka. Baru-baru ini, Twitter telah menghentikan servis SMS mereka disebabkan kos yang amat tinggi ditanggung oleh mereka. Mungkin Jaiku boleh meneruskan perkhidmatan SMS mereka kerana mereka ditanggung sepenuhnya oleh Google.

Bagi sesiapa yang inginkan jemputan Jaiku, tinggalkan komen pada artikel ini, dan saya akan hantarkan emel jemputan secepat mungkin. Sekiranya anda merupakan ahli Jaiku, anda boleh menambah saya atau mengikuti perkembangan saya melalui Jaiku.


TIPS & ULASAN