Google Memperkenalkan Pelayar Web – Google Chrome

Google Memperkenalkan Pelayar Web – Google Chrome

Diterbitkan pada Sep 2, 2008 oleh .

Baru beberapa hari yang lepas Microsoft melancarkan versi terbaru pelayar web mereka – Internet Explorer 8 Beta 2. Kini, Google pula mengambil langkah dengan memperkenalkan pelayar web mereka kepada orang ramai – Google Chrome. Pihak Google juga telah merumuskan secara ringkas mengenai pelayar web mereka melalui sebuah komik yang menarik.


Pandang Pertama Google Chrome[via]

Data-data berkaitan dengan Google Chrome masih lagi belum diketahui walaupun ianya telah diterangkan secara kasual melalui komik tersebut. Melalui carian Google, kita dapati bahawa pihak Google telah mula membangunkan laman khas untuk Google Chrome sejak 7 jam yang lalu (ketika artikel ini ditulis).


TIPS & ULASAN