Ramai yang mungkin tertanya-tanya apakah itu Tech-Ed. Tech-Ed adalah salah satu perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak Microsoft khas untuk pembangun dan golongan profesional IT di seluruh dunia. Melaluinya, Microsoft akan memberikan ilmu teknikal, komuniti dan juga beberapa produk percubaan kepada para peserta.
Untuk tahun ini, Tech-Ed akan diadakan pada Ogos 11 sehingga Ogos 14 di Kuala Lumpur Convention Centre. Dengan hanya RM999 (promo) anda boleh mempelajari mengenai teknologi baru dan terkini, sambil berinteraksi bersama pakar-pakar teknologi dari pihak Microsoft dan juga rakan-rakan lain dari industri sama.
Untuk tahun ini juga, seramai 2000 peserta daripada 33 buah negara akan datang menyaksikan Tech-Ed ini. Selain itu, seramai 73 syarikat akan datang memperlihatkan produk mereka. Untuk melihatnya, anda boleh hadir di Dewan Pameran Tech-Ed pada Ogos 12 dan 13 dari pada pukul 2 petang sampai 5 petang. Kemasukan adalah percuma.
Manakala untuk sesi conference pula, seramai 109 orang speaker yang mana 49% daripada mereka dalah dikalangan orang Microsoft akan hadir. 51% daripada speaker adalah orang tempatan dan selebihnya adalah dari luar negara. Sekiranya anda berminat untuk menghadiri Tech-Ed 2008 ini, anda bolehlah mendaftarkan diri anda sebelum terlambat.