Cari @ Amanz

Hari demi hari, pihak pembangun WordPress sedang melakukan pembaharuan yang baru supaya menepati ciri-ciri dan citarasa pengguna berserta dengan teknologi yang kian meningkat naik. Kini, pihak WordPress dalam proses pembangunan versi WordPress 2.7 yang mana bakal memperkenalkan beberapa perubahan pada dashboard. Anda boleh mengikuti siri pembangunan versi WordPress 2.7 melalui blog rasmi pasukan pembangun mereka. Walaubagaimanapun, secara ringkasnya, berikut merupakan beberapa ciri-ciri baru yang akan diperkenalkan pada versi WordPress 2.7:

  • Antaramuka admin yang baru dengan menu dan navigasi baru
  • Pengenalan penggunaan API
  • Pemasangan plugin secara automatik
  • Kemaskini WordPress secara automatik melalui dashboard
  • Keyboard shortcuts
  • dan pelbagai perkara baru yang menarik lagi…
  • Anda boleh mencuba demo laman admin (dashboard) WordPress 2.7 dengan menggunakan kata pengguna dan kata laluan = demo

    © 2024 Amanz Media Sdn Bhd