Cari @ Amanz

Ingat lagi penggunaan logo Yahoo! bewarna ungu pada awal bulan Jun lalu? Kini, Yahoo! telah secara rasminya mengesahkan penggunaan logo bewarna ungu. Bukan itu sahaja, malah mereka juga akan memperkenalkan rekabentuk baru untuk laman mereka – Yahoo!


Rekabentuk laman Yahoo yang baru beserta logo bewarna ungu

Melalui rekabentuk baru ini, mereka dalam perancangan memperkenalkan fungsi dashboard yang mana membolehkan anda menambah servis-servis daripada Yahoo! mahupun bukan Yahoo! pada muka hadapan. Selain daripada itu, ia juga akan membolehkan anda melihat emel-emel daripada servis lain seperti AOL dan juga GMail. Dengan ini, mereka berharap supaya para pengguna internet tidak lagi perlu membazir masa dengan melompat dari satu laman ke laman yang lain.

Untuk melihat rekabentuk Yahoo! yang baru ini dengan lebih dekat, sila layarinya di laman Flickr. Rekabentuk ini akan diuji dahulu pada para pengguna US, UK, France dan India terlebih dahulu sebelum di keluarkan sepenuhnya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd