Cari @ Amanz

Nokia, pengeluar telefon bimbit nmbor satu di dunia bakal memperkenalkan telefon bimbit dengan skrin sentuh pada Oktober 2 ini. Walaupun pelbagai syarikat telefon bimbit lain telah memperkenalkan telefon bimbit dengan skrin sentuh, Noki baru sahaja mula memberi perhatian serius terhadap teknologi skrin sentuh ini. Telefon bimbit keluaran Nokia ini dikenali sebagai Tube buat masa ini, dan beberapa gambar tidak rasmi telah pun mula kelihatan di beberapa laman web. Malah ada beberapa laman yang mengelarkannya sebagai klon kepada iPhone.

Selain daripada Nokia, beberapa syarikat telah lama memperkenalkan telefon bimbit dengan skrin sentuh seperti Apple, LG, Samsung. Tetapi mungkin kualiti keluaran Nokia lebih tinggi berbanding yang lain memandangkan masa yang diambil adalah terlalu lama.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd