Setelah beberapa bulan menggunakan Blogspot sebagai perkhidmatan untuk menulis blog, Tun Mahathir terpaksa beralih dan menggunakan servis hosting beliau sendiri. Ini disebabkan oleh pihak Blogger yang mengklasifikasikan blog beliau sebagai blog spam pada 19 Jun yang lalu. Walaupun pihak beliau telah membuat beberapa rayuan, ianya tidak diterima. Ini mungkin salah satu keburukan bergantung kepada hosting orang lain.
Kini, blog beliau akan menggunakan Movable Type, salah satu platform untuk menulis blog sama seperti WordPress. Movable Type diasaskan oleh Six Apart, salah satu penyedia perkhidmatan blog terkemuka di dunia. Anda boleh mencuba Movable Type dengan memasangnya di localhost, atau pada hosting anda.