Command & Conquer : Red Alert 3 Bakal Keluar Akhir Tahun 2008

Command & Conquer : Red Alert 3 Bakal Keluar Akhir Tahun 2008

Diterbitkan pada June 24, 2008 oleh .

Command and Conquer - Red Alert 3Bagi peminat permainan strategi (RTS / Real-Time Strategy), mungkin anda sedang menunggu dua permainan strategi yang dijangka bakal dikeluarkan dalam tahun ini iaitu Starcraft 2 dan juga Red Alert 3.

Siri Command & Conquer: Red Alert terhenti sejak keluaran terakhirnya, Yuri’s Revenge pada tahun 2001. Red Alert 3 akan dikeluarkan oleh Electronic Arts untuk platform PC, Xbox 360 dan PlayStation 3. Tetapi, pada Februari 14, 2008, pihak EA telah mengumumkan Red Alert 3 untuk platfom PlayStation 3 ditunda buat sementara waktu.

Red Alert 3 mengambil kisah dimana selepas peristiwa Red Alert 2, pihak Soviet Union merancang untuk membunuh Albert Einstein dengan merentasi masa. Mereka berharap, dengan membunuh Albert Einstein, mereka boleh mengubah sejarah disamping menjadikan Soviet Union kuasa terbesar di dunia. Walaubagaimanapun, ketika menjalankan misi, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, dimana evolusi teknologi telah mengakibatkan pertumbuhan kuasa baru di timur, yang dikenali sebagai Rising Sun (Jepun). Dan akhirnya, ini telah mengakibatkan perang dunia ke-3 tercetus.

Red Alert 3 diumumkan oleh pihak EA pada Disember 2004, selepas mengeluarkan permainan Lord of the Rings : The Battle of Middle Earth. Walaubagaimanapun, berita mengenainya tidak diketahui sehingga baru-baru ini ianya diumumkan kembali oleh pihak EA.

Red Alert 3 dijangka akan dikeluarkan pada akhir tahun ini, dan para peminat Red Alert boleh mencuba versi betanya melalui laman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN