Fungsi-fungsi Baru di YouTube

Diterbitkan pada Okt 7, 2008. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sudah sekian lama aku tidak memasuki YouTube, dan hari ini aku tersedar akan perubahan yang drastik di laman video kegemaran ramai itu.

Pengenalan Mod Teater

Mod Teater di YouTube

YouTube ada memperkenalkan mod teater dimana apabila ianya diklik, ia akan menghitamkan laman tersebut dan seterusnya membuka pemain video dengan saiz lebih besar. Perkara ini sama seperti yang dilakukan oleh sesetengah laman apabila kita ingin melihat gambar dalam saiz yang lebih besar.

Memainkan Video Dengan Kualiti Lebih Tinggi

Kawal Kualiti Video

Kini anda boleh memilih kualiti video yang dimainkan samaada kualiti tinggi ataupun biasa. Perkara ini amat baik kerana ianya boleh diaplikasikan oleh pengguna yang mempunyai kualiti sambungan internet yang baik atau sebaliknya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami