Ingat lagi mengenai perubahan yang dilakukan oleh Google pada laman BlogSearch? Untuk pengetahuan anda, Google Malaysia juga turut mempunyai laman BlogSearch yang khas untuk pengguna Malaysia dalam bahasa Melayu. Tetapi, malangnya tiada sebarang perubahan padanya. Ianya masih lagi mengekalkan konsep lama dan masih belum mengubahnya kepada bentuk baru.
Laman Utama BlogSearch Malaysia
Menariknya mengenai Google, ialah sekiranya kita bermain sedikit dengan URL mereka, kita akan menemui perkara baru. Sebagai contoh, laman BlogSearch yang baru menggunakan kod bahasa pada URL nya. Sebagai contoh, sekiranya kita ingin melihat topik-topik teknologi, maka URLnya adalah seperti berikut:
http://blogsearch.google.com/blogsearch?hl=en&topic=t
Sekiranya anda perasan, pada URL ini ianya menggunakan domain Google utama, iaitu dot com.
http://blogsearch.google.com.my/blogsearch?hl=en&topic=t
Sekiranya kita mengubah domain tersebut pada domain Malaysia, iaitu dot com dot my, maka kita akan melihat pilihan untuk membaca BlogSearch dalam bahasa Melayu.
Google Search dalam Bahasa Melayu
Dan apabila kita klik pada pautan tersebut, ianya akan membawa kita ke laman 404 Google.
Google 404
Mungkin tidak lama lagi kita dapat melihat laman BlogSearch Malaysia berubah menjadi sama seperti BlogSearch Antarabangsa, sekali gus memperlihatkan blog-blog dari Malaysia.