Carian
Google Memperkenalkan Adsense Untuk Permainan Dalam Talian
October 8, 2008 Aman

Selepas setahun lebih membeli syarikat pengiklanan dalam permainan, AdScape Media untuk USD$23 juta, kini Google mula menggunakan teknologinya dengan memperkenalkan Google Adsense untuk permainan (game). Menurut comScore, kini terdapat lebih 200 juta orang bermain permainan secara dalam talian setiap minggu, dan pasaran yang amat luas ini dilihat sebagai peluang yang amat baik oleh Google.

Melalui Adsense for Games, kini pembangun sesuatu permainan itu boleh memperlihatkan iklan Adsense dalam bentuk video, imej mahupun teks di dalam permainan anda untuk memperoleh keuntungan. Buat masa sekarang, untuk menyertai Adsense for Games ini, sesuatu permainan itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 500,000 kali permainan dan 80% daripadanya adalah dari US atau UK.

Komen