Cari @ Amanz

bbPressSatu lagi projek daripada kumpulan pembangun WordPress, bbPress baru sahaja mengeluarkan versi 1.0 Alpha 2 untuk dicuba oleh orang ramai. Bagi yang masih tidak mengenali bbPress, ianya adalah salah satu platform perbincangan ataupun lebih dikenali sebagai platform untuk berforum. bbPress digunakan sebagai tempat perbincangan rasmi untuk laman WordPress. Anda boleh mencubanya hari ini dengan memuat-turun bbPress secara percuma. Selain daripada WordPress dan juga bbPress, pihak Automattik juga sedang membangunkan BuddyPress, salah satu platform untuk membangunkan laman sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd