Symbian Ke Arah Sumber Terbuka

Symbian Ke Arah Sumber Terbuka

Diterbitkan pada June 25, 2008 oleh .

SymbianNokia hari ini mengumumkan akan membayar $410 juta untuk memiliki saham-saham syarikat pembuat perisian smartphone, Symbian. Nokia juga bercadang untuk membuat perisian Symbian percuma, dimana pembuat telefon bimbit tidak perlu membayar sebarang royalti jika ingin menggunakan perisian tersebut. Ini sekali gus akan menjadikan Symbian salah satu perisian sumber terbuka dan menjadikan persaingan antara syarikat pembuat telefon bimbit lebih kompetitif.

Symbian digunakan lebih 2/3 telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri menyerupai komputer. Pendekatan ini dibuat oleh Nokia setelah wujudnya pesaing terdekat seperti perisian Android dari Google dan juga iPhone daripada Apple.


TIPS & ULASAN